Have a question?
Message sent Close
0
0 reviews

Pengajian Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis 40 karya Imam al-Nawawi ini telah menarik minat dan perhatian yang mendalam oleh para ulama’ sejak zamannya sehingga masa ... Show more
Category
5 Students enrolled
  • Description
  • Curriculum
  • FAQ
  • Announcement
  • Reviews

Secara asasnya, sebelum Imam al-Nawawi, telah banyak para tokoh ulama’ umat Islam yang telah menyusun kitab yang serupa. Hal ini sepertimana dijelaskan sendiri oleh Imam al-Nawawi dalam mukadimah kitab ini. Mereka termasuklah Abdullah Ibn al-Mubarak, Muhammad bin Aslam al-Tusi, Hasan bin Sufyan al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Ajuri, Abu Bakar Muhammad bin Ibrahim al-Asfahani, al-Daraqutni, al-Hakim, Abu Nu’aim, Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami, Abu Sa’id al-Malini, Abu Uthman al-Sabuni, Abdullah bin Muhammad al-Ansari, al-Baihaqi dan ulama’ lain yang tidak terhitung jumlahnya.

Betapa besarnya perhatian dan kecaknaan para tokoh ulama’ umat Islam terhadap usaha pengumpulan empat puluh hadith ini adalah kerana didasarkan oleh pelbagai riwayat yang menunjukkan keutamaan dan kelebihannya. Hanya sahaja, sepertimana dijelaskan oleh Imam al-Nawawi, bahawa semua riwayat tersebut adalah dha’if (lemah) menurut kesepakatan ulama’ ahli hadith.

Kata Imam al-Nawawi: “Kami telah meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas’ud, Mu’az bin Jabal, Abu al-Darda’, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, Anas bin Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri R.Anhum, daripada banyak jalan dan periwayatn yang berbeza, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara umatku yang menghafaz empat puluh hadith berupa perkara agamanya, maka Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat bersama rombongan fuqaha’ dan ulama’.” Dalam riwayat lain: “Allah akan membangkitkannya sebagai seorang yang faqih (ahli fiqh) dan ‘alim.” Dalam riwayat Abu al-Darda’: “Maka aku (nabi) pada hari Kiamat nanti sebagai syafaat dan saksi baginya.” Dalam riwayat Ibn Mas’ud: “Dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga melalui pintu mana sahaja yang kamu kehendaki.” Dalam riwayat Ibn ‘Umar: “Dia dicatat termasuk golongan ulama’ dan dikumpulkan pada golongan syuhada’.”

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas membuktikan bahawa penyusunan 40 Hadis telah menjadi kebiasaan ulama’ sejak zaman salafus soleh lagi untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana hadis Rasulullah SAW amat banyak yang menjangkau ratusan ribu dan mungkin jutaan hadith kerana sanad-sanad yang berlainan, di samping matan-matan juga ada yang berlainan. Justeru, usaha mengambil dan menapis daripada pelbagai jenis hadis dilakukan agar manusia boleh mengamalkan dengan sebaiknya dalam kehidupan mereka berdasarkan neraca Syari’ah dan Hadyun Nabawi.

Kepentingan Mempelajari Hadis 40 Imam Nawawi

  • Ia mencakupi semua hadis berkaitan kehidupan manusia.
  • Hadis-hadisnya menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
  • Ramai para ulama yang mensyarahkan hadis ini.
  • Kitab ini menjadi kitab yang amat masyhur dalam kalangan ulama’ dan orang awam di segenap pelusuk dunia.
  • Kitab ini dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Siapakah yang perlu mempelajari Hadis 40?

  • Semua lapisan umur dan masyarakat
  • Untuk dijadikan sebagai hafalan dan tauladan dalam kehidupan kita.
FAQ 1
Faq Content 1
FAQ 2
Faq Content 2

Productivity Hacks to Get More Done in 2018

— 28 February 2017

  1. Facebook News Feed Eradicator (free chrome extension) Stay focused by removing your Facebook newsfeed and replacing it with an inspirational quote. Disable the tool anytime you want to see what friends are up to!
  2. Hide My Inbox (free chrome extension for Gmail) Stay focused by hiding your inbox. Click "show your inbox" at a scheduled time and batch processs everything one go.
  3. Habitica (free mobile + web app) Gamify your to do list. Treat your life like a game and earn gold goins for getting stuff done!