Mulakan hari bersama Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Madrasah Al-Bakri — program pengajian bersijil yang menyuburkan hati dan minda setiap pagi.
Madrasah Al-Bakri ialah program istimewa pengajian selepas Subuh setiap hari Isnin sehingga Khamis secara langsung bersama mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Program ini membimbing anda melalui teks klasik seperti Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali, menghayati kisah hidup imam 4 mazhab dan memahami keindahan di sebalik doa-doa harian.
✅ Pengajian harian selepas Subuh secara dalam talian.
✅ Sijil penyertaan sebagai pengiktirafan komitmen anda terhadap ilmu.
✅ Rakaman disediakan untuk ulang kaji dan fleksibiliti.
Sama ada anda pelajar, berkerjaya, ibu bapa, atau warga emas — ini peluang untuk “reboot” jiwa anda setiap pagi.